"ya ALLAH, izinkan aku sentiasa mengingati-MU tika lelapku, tika jagaku, tika sihatku, tika sedihku, tika gembiraku, tika tangisku, tika senyumku, tika hidupku dan tika ajal menjemputku.. ya RABB, redha-MU ku damba, ampun-MU ku pinta. ampuni daku, ALLAH yang maha penyayang dan adil.."

ya ALLAH..
andai kami beribadat utk mendptkan syurgaMU, bantu kami utk perbetulkan niat kami hanya krn utk menatap indahnya wajahMU..
andai kami beribadat utk menjauhkan diri dari nerakaMU, maafkan kami krn dosa kami melebihi cinta kami terhadapMU.. amin~
assalamualaikum.. before korang baca, Naabiha nak tanya, da solat belum?.. kalau da, alhamdulillah.. kalau belum, plz solat dulu, Naabiha tak nak nanti kita sama sama kena jawap at akhirat kelak sbb Roon Ahibaan's..

jazakallah ! :)

Monday, March 11, 2013

bicara 30 cinta


Bismillah..
Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian! Hi J 
Alhamdulillah.. sekian lama menyepi kerana kesibukan, insya ALLAH hari ini, akan ada perkongsian istimewa mengenai ‘Cinta Muda IPT’


^^
Actually, topik ni dikongsi bersama imam muda Asyraf & ustaz Don Daniyal.. insya ALLAH.. Kita kongsi ye! J
1    1.  Apa itu cinta?
: cinta itu f i t r a h =)

2    2.  Apa itu fitrah?
:fitrah itu tak belajar, tapi t a h u.. contoh fitrah yang terdekat dgn kita.. macam masa kita kecik kecik dulu, bila kita menangis je, sebab kita ‘melabur’ or nak susu.. haa, umi abah pulak, macam dah paham paham yg bila kita menangis tu, antara 2 sebab tuu =)

3    3.  Hukum bercinta?
: islam tak pernah menghalang rasa cinta.. sebab itu fitrah.. apa yg islam halang dan sekali gus haramkan, adalaa cara bercinta tuu!



4   4.  Nak bercinta waktu bila?
:  sebelum tahu nak bercinta tuu, kenal diri and tanya diri dulu, nak cinta sebelum atau selepas nikah..? haa, siap ada pilihan tuu.. hehe :P



5    5. Antara dua pilihan.. macam mana yea..?
: bercinta selepas nikah.. haa, ini ikut seperti yg disyorkan para Nabi.. kita minat, kita risik.. bila dia terima, Alhamdulillah, kita terus tetap tarikh dan kahwin =)
: bercinta sebelum nikah.. hmm, boleh.. tapi, dipandukan dgn agama Islam.. maksudnya, tak de dating berdua, tak de tengok wayang berdua, tak de 24 jam mesej dan tak de sampai lupa ALLAH ! yang nii, kena betul betul kuat.. lelaki dan perempuan kena kuat dan usaha.. bukan usaha sebelah pihak sahaja..

6    6.  Macam mana nak tahu dalam hati seseorang tu ada siapa kalau dia pendam je?
: ada terkadang, yang pemalu.. yang suka dalam diam.. yang minat dalam sorok.. yang sayang dalam doa.. mereka tak meluahkan.. especially girls.. tapi, kita boleh faham dan agak dari bicaranya.. andai dia pernah menyebut nama seseorang itu, ertinya dia suka dan berkenan.. situasi nii berlaku dalam kehidupan Baginda Rasulullah saw..

7.  Orhkay.. bertunang pulak.. perlu dihebohkan?
: tidak.. pertunangan tidak perlu dihebohkan.. tapi, bila ada yang tiba tiba berkenan dgn kita yang dah bertunang nii, cakap terus terang dan jujur kat dia.. supaya dia tak tersalah menyayangi tunangan orang.. haram hukumnya ‘melintas’ tunangan orang !

8   8.  Macam mana cara bertunang?
: pergi tengok ! supaya kitaa mula rasa suka dan insya ALLAH, perkahwinan lebih indah..

9   9.Waktu bila yang betul betul sesuai utk merasai cinta nii? *hukhuk*
:  kalau budak sekolah yang bertanya, suruh dorang belajar dulu.. tapi, kalau budak IPT, Alhamdulillah.. waktu sekaranglaa.. umur 20an da boleh da nak rasa macam tuu.. *errr*


1   10.  Siapakah lelaki ?
: lelaki.. lelaki adalaa hamba ALLAH yang dari dalam, banyak simpan.. tapi, dari luaran, banyak menipu.. haha! Sebab tuu, jangan senang senang percaya lelaki.. sebab lelaki sebenarnya mempamerkan kasih sayang dgn tingkah laku dan melahirkan kerinduan dgn usaha utk bertemu =)

1   11.  Pembohongan paling besar bagi lelaki ialah bila mana...
: dia menyebut perkataan ‘i love you’.. tapi kalau tiba tiba dia cakap tuu, insya ALLAH, betullaa tuu.. macam baru nikah tuu kan? Haha =P

1    12.  Pembohongan paling besar bagi perempuan ialah bila mana..
: dia menyebut perkataan ‘i hate you’.. sebab maksud hate tuu is actually ;
 H-hope to be with you..
 A-admire you.. 
 T-too care about you.. 
 E-extremely love you..


1    13.  Bila kemuncak cinta..?
: kemuncak cinta ialah N I K A H.. sebab tuu bila da nikah, akan pegang.. bila da pegang, akan cium.. bila da cium, akan sayang.. sebab tuu, jagalaa sentuhan ! imam muda asyraf cakap, “sentuhan sebelum nikah terlalu berbeza dgn sentuhan selepas nikah.. terlalu berbeza ! bila kita dah nikah, kita sentuh, rasa macam kejutan elektrik..tapi, bila belum nikah dah sentuh, lepas nikah tu dah mula rasa bosan..”


1   14.   Mcm mana nak elakkan trlalu memikirkan tentang cinta?..
: sibukkan diri dgn ilmu.. insya ALLAH =) macam imam Nawawi.. beliau tak sempat nikah, sebab kecintaan kpd ilmu.. lailaha illallah.. bila sibuk dgn ilmu, kita takkan teringat nak nikah.. dan bila da habis belajar, baru terfikir.. sebab terlalu fokus dan sibuk dgn ilmu.. ehem, jangan ingat ilmu nii, ilmu fardhu kifayah je.. tapi, ilmu fardhu ain jugak =) apa pun, bila seru dah sampai, insya ALLAH, jodoh tuu ada ^^


1    15.   Mcm mana nak hindarkan diri dari maksiat?..
: subhanallah.. mengucaplaa ! bila kita utamakan kecintaan kpd ALLAH dan Rasulullah saw.. dan ibu ibu ibu bapa kita, insya ALLAH kita berjaya menghindari..


1   16.   Tahap macam mana yang membuatkan cinta tu jadi haram?
:  bila, melampau ! haa, dah jumpa, tak reti nak jaga solat.. dah mesej, sampai lalai nak solat.. dah cakap dalam telefon berjam jam sampai tertinggal subuh.. hmm hmm isk isk isk !

1   17.   Bila rindu, paling best, nak buat apa?
: baca Al Fatihah utk dia.. dan hehe, tulislaa surat.. surat cinta.. nanti ada jodoh, bagilaa kat dia ^^


1   18.   Macam mana cinta yang ikut islam?
: mula mencari sebelah lagi hati nii, bila kita dah tawu bila target nak nikah.. biar jangka waktu yang sesuai.. janganlaa lagi 5 tahun nak nikah, da carik pasangan.. ce dalam target tahun dpn nak nikah, haa! Bolehlaa carik J insya ALLAH..

1   19.   Kalau nak nikah muda, tapi masih belajar, tak de duit, macam mana?
: hadis nabi SAW.. 3 golongan wajib ALLAH tolong ialah ; 
1. Golongan yang berjihad fisabilillah.. 
2. Golongan yang berusaha mencari duit utk menebus diri (hamba).. 
3. Golongan yang berkahwin dgn niat utk menjaga maruah diri.. 
enough said ? =)


2   20.   Rindu tuu, zina hati ke?
: *senyum dulu* hehe.. orh ! rindu tak pe.. tapi kalau setiap masa nampak je muka dia, haa! Itu zina hati..


2   21.   Kalau nak tengok muka dia dgn cara jumpa, boleh tak?
: hehe.. boleh.. tapi, ajak ramai ramai.. elak fitnah dan tambah eratkan silaturrahim.. =)

2   22.   Bila saat yg betul betul kena kahwin?
: ngee.. selagi boleh bezakan rindu dan syahwat, selagi tu tak perlu memaksa diri utk terlalu nak kahwin.. jaga niat !

2   23.   Macam mana nak tahu, betul dia orangnya..?
: bila kita ada rasa.. bila kita merasai.. hmm, maka yakinlaa.. insya ALLAH.. kalau dia belum berubah, yakinlaa.. hidayah bila bila masa ! insya ALLAH..


2   24.   Bab kahwin nii, macam mana nak yakinkan parents..?
: hmm.. bagi mereka kepercayaan.. bagi mereka rasa kita boleh ! study betul betul, tunjukkan kebolehan kita dalam apa pun bidang yang kita ceburi dan hargailaa parents.. insya ALLAH..

2   25.   Kaya nii, perlu sgt ke?
: hmm.. actually, kaya nii tak perlu sgt pun.. yang penting, tanggungjawab.. bila dah tanggungjawab, akan sentiasa berusaha.. insya ALLAH..

2   26.   Macam mana kalau kita nak jadi yang pertama?
: senang cakap camnilaa.. tak semestinya orang yg kita nikahi tuu, orang yg pertama kita sayangi.. tapi, orang yg kita nikahi tuu laa, orang yang terakhir kita sayangi..


2   27.   Lepas buat solat istikharah, kadang kadang ada petunjuk melalui mimpi.. macam mana nak tahu yang mimpi tu benar?
: mimpi yang benar, bila.. masa kita tidur tuu, kita ada wudhu.. bila kita tidur tuu, kita tak berhadas.. bila kita tidur tuu, tiba tiba kita terjaga sebab mimpi tuu dekat dekat subuh, mcm pukul 4 pagi.. bila kita mimpi, tiba tiba terus bangun.. and bila kita mimpi tu, sampai bila bila kita ingat.. and the last one is, bila kita mimpi yang sama berulang ulang kali.. haaa, insya ALLAH.. itulaa mimpi mimpi yang benar.. masha ALLAH !


2   28.   Cara paling senang nak menunjukkan yg kita ada perasaan kat dia, tapi malu nak tunjuk?..
: hehe! Apa yang dia suka, kita pakai.. apa yang dia bagi, kita guna.. comey kan? =)

  29.   Macam mana nak hibur hati kita especially muslimah.. yang kadang kadang bila nak datang ALLAH bagi cuti tuu, akan lebih beremosi perasaan kat seseorang..?
: hmm, meh hibur hati dgn doa.. insya ALLAH.. ALLAH dgr and dia pun rasa.. insya ALLAH.. =)

 30.   Petunjuk dia adalaa jodoh kita?..
: bila kita tengok muka dia, kita tak boleh cakap ‘no’.. hmm, ituaa namanya jodoh =)



Doa frust / kematian orang yg disayangi..
“innalillah innalillah innalillah.. wa innalillah hi rojiun.. wa innalillah hi rojiun.. wa innalillah hi rojiun.. ALLAH humma junni fi musibati wa akh lil li, khoi romminha..”
-daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.. ALLAH, berilaa kami ganjaran atas musibah ini dan gantikanlaa dgn sesuatu yg lebih baik..
Allahumma amin!

 and, alhamdulillah.. happy for my molla molla.. sbb dapat tempat pertama cabutan bertuah dan bergambar dgn ustaz Don ^^


Sunnah  >>> isteri baring atas paha suami J sweet <3

Madah >>> ALLAH cipta dahaga, dan ALLAH juga ciptakan air.. ALLAH ciptakan nafsu dan ALLAH juga cipta cara kawal nafsu dgn nikah.. subhanallah ! jadi bersyukurlah, kerana ALLAH yang menciptakan perasaan suka kat orang lain..


Bila dah ada berkenan kat hati tu, cakap dgn dia.. sama sama ajak berubah.. sebab kita nak dua dua masuk syurga.. 
ya ALLAH, indahnya bercinta kerana ALLAH..


wassalam :)

Monday, January 21, 2013

niat dihatimu..

bismillah..

assalamualaikum.. alhamdulillah, hari ini, hari isnin.. dan sejujurnya, saya bersemangat && suka hari isnin.. hehe, saya pun tak tahu kenapa ada sesetengah orang tak suka hari isnin.. apa pun, mulakan hari mu dengan senyuman dan kasih sayang.. opss! jangan silap bagi kasih sayang.. dahulukan kasih sayangmu terhadap keluarga dulu sebelum orang lain.. insha ALLAH, bahagia hidupmu di dunia && akhirat..

minggu lepas, ada seorang sahabat bercerita kasih dengan saya.. 
dia mintak, sebelum saya mulakan entri baru, berpesan kepada para pembaca sudahkah anda bersolat..
so insha ALLAH, mulai entri hari nii, saya akan sentiasa bertanya sudahkah anda berdating dengan yang Maha pencipta..? =)
kerana dari bicaranya, persoalan saya tentang solat tu, mengingatkan dirinya utk solat dulu sebelum meneruskan hal dunia.. insha ALLAH, kita sama sama muhasabah diri kita..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..


kegemaran saya ialah laksa,
laksa penang yg selalu dijamu;
aku syukuri segala nikmat yg ESA,
kerana aku adalaa milikMU..

ku syukuri segala nikmat yang Maha esa kerana diberikan nafas yang masih sihat utk terus berada di muka bumi ini, yang hanya pinjaman.. ku syukuri kasih sayangNYA, kerana masih memberi kesempatan kepada diri utk bersama sama dengan yang tersayang.. syukur ya ILAHI..

N I A T

apa itu niat..?
* niat adalaa rasa dalaman, rasa rohani, dalam jiwa setiap manusia..
* niat adalaa kunci utama sebelum berlakunya tindakan..
* niat adalaa permulaan atau mukadimah sesuatu yang bakal dilaksanakan..
dan, niat jugak adalaa 
* suara hati setiap manusia yang sentiasa mempercayai adanya yang Maha melihat..

subhanallah..
besarnya kuasa niat dalam diri setiap manusia kan..?
^_^

orhkay, jum check niat kita sekarang..
1. sebab apa saya menulis di blog ini..?
2. sebab apa anda membaca blog ini..?
3. apa niat anda lepas baca blog ini..?

hmm, meh saya tlg jawap dulu yea..? *muka comey*
1. saya menulis utk berkongsi haty dan pengalaman dgn sahabat sahabat yang saya kenali && tak kenali.. tapi saya ingin ALLAH menilai di akhirat kelak, agar blog ini tidak merosakkan haty haty yang membaca.. masha ALLAH.. && insha ALLAH..
2. anda mungkin membaca blog ini tanpa disengajakan.. sebab kawan anda yang suruh.. or anda mungkin jugak membaca blog ini kerana anda adalaa sahabat saya.. alhamdulillah
3. mungkin selepas anda membaca blog ini anda akan membaca entri yang lain.. insha ALLAH.. 

apa pun yg kita lakukan, mukadimahkan ia dgn niat.. 
sesungguhnya, setiap perbuatan kita dimulai dengan niat..

dengan niat yang baik, insha ALLAH kita akan menjadi orang yang baik.. begitu jugak sebaliknya.. dengan niat yang buruk, kita mampu mengubah diri kita daripada seorang hamba ALLAH yang baik kepada sebaliknya.. apa pun yg kita lakukan, laksanakan, buatkan, mulakan dgn niat yang baik.. sesungguhnya, bila kita berniat utk melakukan sebuah kebaikan, masha ALLAH, malaikat sudah pun mencatat kebaikan itu.. meskipun kita mungkin tidak membuat sempat atau betul betul melakukan kebaikan yg kita niatkan.. tapi, bila kita lagi lakukan kebaikan yg dah kita niatkan tu, subhanallah! berganda ganda pahala kita..
 insha ALLAH..

 saya pernah berniat, utk sesuatu.. lama saya niat && bersabar menantikannya..
 tak henti henti doa yg saya mengharapkan niat saya itu menjadi kenyataan.. subhanallah!
kun faya kun! bila ALLAH katakan jadi, maka jadilah.. 
oleh itu, di saat hari yang saya nantikan niat saya itu terlaksana, meskipun saya rasa macam, harapan tuu terlalu tipis.. sebab rasa macam masha ALLAH, boleh ke nii..? akan jadi ke..? 
tapi, motto hidup saya mengatakan, 
"nothing is impossible with ALLAH's help".. 

&& alhamdulillah.. hari itu, pada saat yang tepat, suasana yang alhamdulillah, ALLAH menjadikan peristiwa itu berlaku.. && subhanallah, alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan sempurna dan membahagiakan.. meskipun dengan kejutan.. 
namun kejutan itu, masha ALLAH, jauh lebih indah dari yg saya impikan..

 alhamdulillah :) dan itu soal saya.. 
minggu lepas jugak, ada seorang sahabat bercerita yang dia baru mimpi saya mengajaknya ke surau utk solat subuh berjemaah.. masha ALLAH.. tinggi sungguh dzat && keagunganMU, ya ALLAH.. 

memang saya berniat, utk mendekatinya, utk bersamanya, utk berkongsi kekasih dengannya.. 
cuma saya menunggu saat yang benar benar saya mampu mendekatinya.. 
tapi ALLAH dah bagi laluan tu dgn mudah, dgn memberikan mimpi yg indah padanya.. 

 kerana itu, percayalaa dgn niat! 
sebab hamba ALLAH yang menjaga hatynya dan menetapkan niat lillahi taala, 
insha ALLAH akan diberikan segala kemudahan && kebahagian padanya.. 

ALLAH itu maha besar.. ALLAH itu maha agung..
jangan pernah lelah && penat berdoa..
sebab meskipun kadang kala ALLAH lambat memakbulkan doa kita, itu utk menilai kesabaran kita.. teruskan berdoa.. && andai ALLAH cepat memakbulkan, bersyukurlaa.

 sesungguhnya, ALLAH memberi sesuatu nikmat di saat yg tepat..
&& ALLAH sgt suka memberikan kejutan kepada kita..
sebab ALLAH itu sifatnya Maha penyayang.. =)
p/s ; saya hanyalaa wanita biasa, yang ingin menjadi solehah.. dan saya juga, hanyalaa anak org biasa biasa, tapi berniat utk menjadi agent hijrah utk dakwah.. salam sayang !

ALLAH's :)

Saturday, January 12, 2013

permata hati..

Bismillah..

assalamualaikum..
hye semua ! apa khabar? syukur alhamdulillah, hari ni kita masih bernafas dan saya harap, semuanya ceria ceria sokmo ! :)


alhamdulillah. terima kasih kerana menjadikan entri sebelum ni, "hijrah dan azam" sebagai top 5 dan alhamdulillah, melebihi target januari 2013, hingga mencecah 11 500+ pembaca.. terima kasih ! jazakallahu khairan.. 


syukur alhamdulillah.. tahun 2013, adalaa tahun kesibukanku.. 
dan alhamdulillah, diriku selesa dgn status 'busy lady' :)
setiap amanah, adalaa yang terpenting dan perlu dipegang..
sebab dlm Islam pun, ada menyatakan bahawa amanah adalaa suatu yang paling susah dijaga oleh setiap hamba ALLAH..
ya ALLAH, moga dipermudahkan segala urusan kami, dunia dan akhirat..amin~

back to our topic today is, permata hati.. ^_^

kelahiran diriku adalaa cinta umi dan abah tersayang.
diriku diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang dan perhatian..
mengharungi hidup bersama mereka adalaa nikmat terindah dalam hidup.
syukur alhamdulillah ~


ceritera -

rabu, 09012013, Naabiha hanya whatsapp umi dan abah for good morning wishes.. Naabiha tak whatsapp umi abah apa apa lepas tuu sebab terus silent fon and masha ALLAH, malam tuu, masa nak balik ke hostel, baru naabiha perasan ada missed calls from 'my gentleman' and whatsapp dari 'my lovely'.. ALLAHU !

then, naabiha whatsapp mereka yang tersayang dan my lovely asked me,
'nape tak de khabar langsung dari sayang?'
masha ALLAH..
tersentuh hati bila umi tanya persoalan tuu..
my gentleman tak balas whatsapp.. 
maybe dah tidur time tuu..

i told my lovely, my schedule and hehe.. how sweet.. she said, tak kan tak de khabar langsung..?
n i told my lovely that i whatsapp her in the morning.. 
n she told me, i should whatsapp her as usual.. haha!
orhkay mom.. sorry !
my faulted..

 usually, i will whatsapp her for almost every gap.. tapi aritu memang tak sempat sebab busyyy sgt.. so memang my faulted laa.. the next day, i text her every gap as usual and every solah time.. hehe.. and same goes to my gentleman.. dengan abah, i more to call instead of whatsapp coz abah nii, hehe.. dia rindu tapi tak cakap, dia lebih senang tiba tiba call n ayat paling sweet is, "minggu ni balik tak?" haha !

ngan umi, aww.. every text ada kiss, ada mwah, ada muka malu, ada macam macam.. haha :)


study time -

saya suka study waktu pagi.. kalau kat rumah, umi abah suka bangun bergilir utk teman.. even, i never asked for it..tapi bila da jauh sikit ngan family, hee~ tak da sape nak teman melainkan malaikat yang setia dan ALLAH yang maha melihat.. so, kalau tengah rehat 5 minit tuu, memang akan hantar gambar gambar comeyyy yang tgh study at umi and abah.. ngee*

 conclusion -

1. mana pun kita pergi, jangan lupa umi abah !
2. hubungi mereka macam biasa, walau penat dan sibuk macam mana pun.. sebab mereka ada VVIP kita.. 
3. jangan bagi mereka ingat kita lupa mereka.. even, tak kan pernah lupa !
4. kita makin besar, tapi jangan pernah lupa yang mereka makin berusia.. hati mereka perlu dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.
5. even with a single smile and kiss, they will always remember and appreciate it.. so love them !

ehem.. kawan kawan kalau tengok nfon saya, bukan sebab nak tengok gambar boyfren ke apa.. haha!
tapi nak tengok gambar umi abah..
orh masha ALLAH =)

"Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati" 

- Irwansyah, tentang perasaanku <3


p/s; sayangi mereka setiap hari ! kita tak kan pernah tahu bila saatnya ALLAH ambil mereka semula.. al fatihah utk mereka setiap hari.. berbahagialaa wahai haty haty yang menyayangi kedua ibu bapanya.. amin!
ALLAH's