"ya ALLAH, izinkan aku sentiasa mengingati-MU tika lelapku, tika jagaku, tika sihatku, tika sedihku, tika gembiraku, tika tangisku, tika senyumku, tika hidupku dan tika ajal menjemputku.. ya RABB, redha-MU ku damba, ampun-MU ku pinta. ampuni daku, ALLAH yang maha penyayang dan adil.."

ya ALLAH..
andai kami beribadat utk mendptkan syurgaMU, bantu kami utk perbetulkan niat kami hanya krn utk menatap indahnya wajahMU..
andai kami beribadat utk menjauhkan diri dari nerakaMU, maafkan kami krn dosa kami melebihi cinta kami terhadapMU.. amin~
assalamualaikum.. before korang baca, Naabiha nak tanya, da solat belum?.. kalau da, alhamdulillah.. kalau belum, plz solat dulu, Naabiha tak nak nanti kita sama sama kena jawap at akhirat kelak sbb Roon Ahibaan's..

jazakallah ! :)

Monday, December 31, 2012

hijrah && azam..

Bismillah..

assalamualaikum ! hye semua :) *mood kanak kanak ribena*
sihat tak arini..? alhamdulillah, kita dah pun masuk tahun baru 2013 Masihi..
syukur alhamdulillah, kita masih diberi nikmat bernafas dan hidup di muka bumi ini..
syukur..
hope permulaan dan sambutan tahun baru korang dihiasi dengan kalamullah dan takbir :)
insha ALLAH, tahun nii lebih baik daripada tahun lepas..

saya bukan nak bercerita apa azam saya tahun nii, tapi saya nak berkongsi kasih sayang saya dengan korang, atas permintaan sys Tia tersayang <3

hijrah dan azam~
orh ! before that, saya nak gtaw yang entri kali nii seyesly panjangggg ! haha :P


tahun 1999, saya merupakan salah seorang pelajar di sekolah agama ILMI.. setiap pagi kami akan 'menyanyi' asmaul husna.. kami dididik dengan acuan Al quran.. meskipun kawan kawan yang lain masih bersekolah tadika, saya dah lompat katak dulu dah, untuk masuk darjah 1.. alhamdulillah, setahun di sana, mendidik dan mengajar saya mengenal dan mencintai ALLAH.. kanak kanak umur 6 tahun, senangkan nak belajar.. terima je apa yang diajar.. :)

saya ada pengalaman darjah 1 selama 2 tahun.. hehe! memang comey dan saya suka pengalaman tuu.. masuk sekolah rendah, saya memang dah bertudung, tapi budak budakkan, saya mula bertudung 'full-time' masuk tingkatan 1.. kalau ikutkan 'panggilan' anak dara, saya boleh je start pakai tudung full time form 2.. tapi hehe, bila masuk sekolah menengah tuu, dah mula rasa malu.. malu nak tunjuk aurat.. didikan abah umi jugak :)

saya berjinak jinak dengan bidang modelling since standard 4.. dengan karangkraf, majalah bintang kecil.. masuk modelling semua, parti g2g, cover girl && join aktiviti karangkraf.. kecik lagi time tuu.. sampailaa ke saat saya mula bertudung, form 1.. saya masih menerima tawaran modelling dan saya ke sana dengan bertudung.. alhamdulillah.. warga bintang kecik boleh je terima saya.. tapi, hmmm.. ini adalaa kata kata 'manis' yang pertama saya terima dlm hidup saya dlm bidang modelling bila saya berhijrah, dari seorang kawan yang turut sama dalam bidang modelling.. "awak da jadi ustazah ke? hehe. macam mana nak bergaya lepas nii?"

ignore ! thats the value of silent.. =)


2008 ; kerinduan terhadap ALLAH mengisi rohani.. alhamdulillah.. saya menunaikan umrah pertama kali dalam hidup saya.. makkah al mukarramah adalaa tempat luar negara yang pertama kali saya jejak dalam seumur hidup saya.. indahnya terasa kerana itu yang pertama dan yang pertama itu ke sana =) syukur ya ILAHI.. 

*tengok gambar gambar jap*


^_^

balik dari menunaikan umrah, esoknya, memang betul betul esoknya, saya keluar rumah dengan betulbetul menutup aurat.. sebelum ni, jujurnya, saya bertudung menutup perhiasan sahaja.. saya tidak menutup aurat dengan sebenarnya.. saya tidak berstoking dan menutup lengan.. namun, segalanya berubah.. esoknya, saya keluar dengan umi dan wan, saya memakai pakaian yang saya pakai di makkah dan madinah.. jiwa saya dah serasi dengan pakaian tertutup macam tuu.. saya rasa diri saya bernilai dan terlalu indah.. saya rasa diri saya disayangi dan dihormati.. uwan terkejut dan wan cakap, "along betul betul da sedia ke dengan pakaian mcm nii? along bukan dari sekolah agama.." 
haty saya tersentuh.. 
kenapa budak sekolah agama je boleh menutup aurat?
kenapa budak sekolah agama je boleh menghormati diri?
kenapa budak sekolah agama je boleh jadi lebih baik..?
dan saya senyum je dekat wan dan saya cakap,
 "boleh, insha ALLAH.."

kawan kawan..? masha ALLAH.. ada yang menjauhkan diri.. ada yang tak menghiraukan saya.. dan saya merasai nikmat sebatang kara di sekolah buat pertama kali dalam hidup saya hanya kerana penghijrahan saya.. tapi alhamdulillah, segalanya berubah dengan baik bila kami semakin remaja.. saya berniat untuk meninggalkan segala 'ketidakselesaan' di sekolah sejurus selepas saya menamatkan sekolah menengah.. && alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya.. saya mula cintakan buku buku keagamaan lebih daripada buku hiburan.. dan saya belajar dengan lebih mengembirakan.. syukur ! saya pulak ada tempat pertanyaan terdekat.. abah tersayang <3

saya didik jiwa saya utk selalu berpuasa sunat, banyakkan senyum dan paling best, tak selalu marah kat orang.. saya biar je apa org ckp, sebab saya nak biar ALLAH yang nilai saya, sebab saya nak ikut perintah ALLAH.. An ALLAH da ckp, "sesungguhnya AKU membalas mereka pada hari ini dgn sebaik baik balasan disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulaa org org yang berjaya.." - al mukminun, 111..

bila kita niat nak berubah, jgn fikir hal orang.. fikir diri kita.. bukan pentingkan diri sendiri, tapi ini utk kebaikan diri kita jugakkan.. ingatlaa, "dan berdoalaa wahai Muhammad dgn berkata; 'wahai ALLAHku, berikanlaa ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya ENGKAU laa shj sebaik baik Pemberi rahmat !" - al mukminun, 118


saya mulakan hijrah yang lebih baik dengan menjadikan diri sebagai salah sorang wanita solehah di muka bumi ini kerana ingin lebih mendekati dan mencintai ALLAH.. langkah itu memang agak sukar, tapi alhamdulillah.. niat kita, sama sama kita jaga dan perbaharui kerana ALLAH.. 
saya memang nak jadi solehah !
saya memang nak jadi yang solehah !
saya rasa semua perempuan pun ada terdetik haty nak berubah jadi solehah kan?
sebab ALLAH da memang ciptakan jiwa kita jiwa yang merindui solehah..
^_^

"dan tetapkanlaa utk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali bertaubat kepadaMU.."
 -al A'raaf, 156

saya seorang yang bercitacita tinggi.. dari dulu lagi.. 
bila nak berhijrah, ada jugak orang ckp, susah nak dapat kerja nanti, sebab pakai tudung camni.. 
sebab ada tempat kerja tak nak orang bertudung.. itu memang betul..
sebab tuu, saya jenis memilih sikit..
saya tak suka kerja yang pakai uniform..
haha!
melainkan kalau uniform tuu labuh :)

"ALLAH menentukan pemberian rahmatNYA itu kpd sesiapa yang dikehendakiNYA; dan ingatlaa ALLAH mempunyai limpah kurnia yang besar" - ali' imran, 74

tapi, apa nak dikisahkan..?
 insha ALLAH, satu hari nii, negara malaysia nii akan jadi negara yang lebih menghargai wanita bertudung labuh.. mesti best macam tuu.. jadikan semua perempuan islam wajib bertudung.. ngee*

dan ingat lagi satu, "sesungguhnya orang orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dgn menolak janji ALLAH dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan ALLAH tidak akan berkata kata dgn mereka dan tidak akan memandang kpd mereka pada hari kiamat, dan tidak membersihkan mereka dari dosa, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.." - ali' imran, 77

so, mana nak pilih..? mestilaa kita nak ke akhiratkan? 
sebab kulit kita tak cukup kebal utk kena api.. astaghfirullah..

"katakanlaa.. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalaa utk ALLAH.. yang mentadbir dan memelihara sekalian alam.." - al An'aam, 162


saya menjauhkan diri daripada segala isu perasaan terhadap yang haram.. 
saya mendekatkan diri dengan isu perasaan terhadap yang halal..
saya tinggalkan istilah couple..
saya meninggalkan seorang lelaki yang pernah rapat dengan saya selama 1 tahun lebih dan alhamdulillah, sekarang kami hanya berkawan je..
saya menjadi kasar dengan lelaki.. apa saya kisah, bila lelaki cakap saya ganas?
berkawan boleh je, tapi nak poyo poyo, tak perlulaa.. saya tak suka !

tapi bila dengan kawan kawan perempuan, dorang memang tahu saya mcm mana.. kihkihkih :P

"single does not always mean available"
sebab..? sebab saya yakin, dgn sepenuhnya, bahawa ada yang istimewa utk saya..
kan ALLAH da tetapkan..?
=)
kan ALLAH dah kata, perempuan yang baik utk lelaki yang baik..?
camtu jugak sebaliknya.. 
baik tuu, boleh jadi selepas akad dia jadi lebih baik..
kan? 
percayalaa dgn ayat ayat cinta ALLAH.. sungguh, tiada yang dusta !

perempuan dengan kecantikan..?
orh, itu memang dah sifat perempuan.. 
hehe, tapi percayalaa, bila awak nk berubah ke arah kebaikan dan kerana ALLAH..
segala hal dunia jadi biasa di pandangan awak..
saya tinggalkan segala maskara, eye shadows and all !
dan saya menjemput yang asli dalam diri saya..
lazimi wudhu dalam hiasan nur di wajah kita.. insha ALLAH.. itu kan sunnah :)
sekarang saya hanya pakai bedak talkum, celak arab dan lip balm je..sebab saya selalu rasa kecantikan(tak delaa cantik sgt) saya hak milik ALLAH, dan ALLAH anugerahkan utk saya hargai sebaiknya, dan diserikan depan suami sahaja.. =)


percaya atau tidak,
 dengan segala penghijrahan, ALLAH akan hadiahkan kita macam macam..
ALLAH akan berikan kita keluarga yang menyokong.. abah sendiri selalu panggil saya 'ustazah rock'.. ustazah tuu title yang indah, sebab bantu saya terus perbaiki kelemahan..
ALLAH akan berikan kita sahabat sahabat yang membantu.. membantu dengan saling bertegur dan menasihati..
ALLAH akan berikan kita kejayaan yang kita impikan.. memang saya tak dapat sepenuhnya lagi, tapi tanpa ALLAH permudahkan segalanya, macam mana liku hidup kita...? kita nii, bagai layang layang terputus tali kalau tanpaNYA..

"Kecuali orang orang yang bertaubat, dan memperbaiki amal buruk mereka serta menerangkan apa yang mereka sembunyikan; maka orang orang itu, AKU terima taubat mereka, dan AKUlah yang maha penerima taubat lgi maha mengasihani" - al Baqarah, 160

"... wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU mengirakan kami sala jika kami lupa atau kami tersalah.. wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU bebankan kpd kami bebanan yang berat sebagaimana yg telah ENGKAU bebankan kpd org org yang terdahulu drpd kami.. wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU pikulkan kpd kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya.. dan maafkanlaa kesalahan kami, serta ampunkanlaa dosa kami dan berilaa rahmat kpd kami.. ENGKAU laa penolong kami, oleh iu tolonglaa kami utk mcapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir.." - al baqarah, 286

so lastly, always remember..

remember HIM, and HE will remember you.. =)

"... wahai ALLAH ku, ampunkanlaa bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlaa kami ke dalam rahmatMU, krn ENGKAU laa shj yang maha mengasihani dari segala yang lain yang mengasihani.." - al a'raaf, 151



p/s ; nak didik iman tuu susah.. tapi ingatlaa, ALLAH tak pernah susah nak sayang dan ampunkan kita.. wallahualam,.

hee, ni first time naabiha taip punyaalaaa panjang ! hope korang sudi baca dan selesa.. dan sorry if anything.. wassalam..

lovey, ALLAH's

Friday, December 28, 2012

Qabliyyah && Ba'diyah..

Bismillah..
assalamualaikum..
how are you today..? 
alhamdulillah, kita dah semakin menghampiri akhir tahun bulan 12 utk tahun 2012..
so camne?
dah tengok wishlist korang tahun 2012..? tercapai tak?
:)
hehe, entri kali ni tak de kaitan pun pasal azam 2012 or 2013.. 
sebab insha ALLAH naabiha akan borak pasal azam utk entri akan datang, insha ALLAH.. 
jangan lupa baca aww! ^_^

orhkay, sebenarnya ada sahabat bernama Tasnim bertanya mengenai maksud Qabliyyah dan Ba'diyah..
utk berkongsi istilah tuu n ilmu mengenai itu, naabiha share at sini.. 
supaya kita dapat manfaat sama sama.. insha ALLAH :)

Qabliyyah ; bermaksud solat sunat s e b e l u m solat fardhu.
Ba'diyah ; bermaksud solat sunat s e l e p a s solat fardhu.

:)

utk lebih paham, solat solat nii dinamakan sebagai solat sunat Rawatib.. solat sunat Rawatib nii jugak korang solat sebelum dan selepas solat fardhu.. solat fardhu tuu, solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.. tawu kan? hehe

ada 4 solat sunat muakkad rawatib nii, iaitu ;
1. 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh..
 2. 2 rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan 2 rakaat selepasnya..
3. 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib..
4. 2 rakaat selepas solat fardhu Isya'..

ada jugak solat sunat ghair muakkad.. macam.. solat sunat sebelum solat asar.. dua rakaat sebelum isya' ..

orhkay, macam mana pulak nak kerjakan solat sunat nii yea? orh senang je.. macam solat solat sunat yang lain.. cuma bezanya..
* kita tak perlu baca doa qunut.
* kita solat sunat nii bersendirian dan bukan berjemaah (usually kita nampak org buat kat surau atau selalu sgt org buat kat masjid)
* hehe, solat nii tak ada n tak perlu azan n qamat..
* dan istimewanya, solat sunat nii diutamakan di rumah..

orhkay, iklan kejap !


mcm mana nak niat..?

~ utk solat sunat sebelum, kita niat qabliyyah..
~ utk solat sunat selepas, kita niat ba'diyah..

contohnya,
: usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan, lillahi ta'ala.. ALLAHUAKBAR !

dan

: usollo sunnataz Zuhri rak'ataini ba'diyatan, lillahi ta'ala.. ALLAHUAKBAR !

bacaan dlm solat tuu, tak kisah pun.. nak baca ayatul kursi boleh, nak baca surah al Kausar pun boleh, nak baca surah al Ikhlas lagi boleh.. ikutlaa nak baca apa pun.. k? :)


jujurnya, macam naabiha.. naabiha selalu amalkan utk solat sunat qabliyyah subuh, n solat sunat ba'diyah isya'.. sebab waktu lain macam agak susah dan takpe, sikit sikit, ALLAH tengok kepada amalan kita.. kepada niat dan keikhlasan kita.. asalkan niat ALLAHU, malaikat dah tolong catatkan amalan kita..

orhkay sahabat semua !
moga bermanfaat dan salam sayang hingga syurga..
insha ALLAH, wassalam :)

p/s ; memanglaa saya minat ashraf muslim.. even dia dah kawen dgn adik angkat dia pun, saya tetap minat dia.. *eyh, tersesat cerita hal lain pulak* ngee! 

lovey, ALLAH's

Saturday, December 15, 2012

I L M U :)

bismillah..

assalamualaikum.. my metacarpals will share about knowledge today, inshaa ALLAH.. when we talk about knowledge, that's mean much more than the word.. (metacarpals = fingers)
as shared with someone who is close to me, he have problem to memorize.. he have a problem with "last-minute preparation"..
 && inshaa ALLAH, i'm here not to only help him, but share with u guys.. 


btw, how to memorize, click ; camana nak SENANG ingat?

orhkay, bismillah again, lets take it as in bahasa.. knowledge is ilmu..
 in my mind, ilmu is not only ilmu.. but ilmu means,

I = I
L = LET
M = MYSELF
U = UNLIMITED

from me, i think when its about ilmu, its about beyond myself.. its about i let myself to do more for myself.. i give my mind a chance to conquer myself.. i make my niat go thru by actions.. hmm, even... sometimes, i also have the laziness problem.. but, i'll never stop.. never will do.. inshaa ALLAH.. coz everytime my softy hand touch the warm of the books, i said, "jihad fisabillah ya Naabiha"  - this is my inspiration way to myself.. n maybe, inshaa ALLAH, u guys can try to yourself too.. we have never be late to be better.. :)


ilmu is (I)ngat, (L)atih, (M)anfaat, (U)saha..

LETS START ! (VROOM VROOM)

.before starts anything, recite bismillah.. ayatul kursi will be a help.. and 4 qul n doa penerang haty. inshaa ALLAH~
.kadang kadang kita susah nak hafal, sebab otak kita at tempat lain. jangan byk pk! bila nak belajar, belajar. bila nak shooting, shooting. bila nak main game, main game. apa jek yang kita buat, buat dgn bersungguh sungguh and sepenuh jiwa. baru rasa puas !.

1. ingat ; bila belajar, dalam kelas, ingat apa yang pensyarah/cikgu kata. focus ! its a needed~
2. latih ; usaha diri, utk latih diri belajar menghormati masa. latih diri utk wat jadual diri setiap ari supaya ari ari kita berjalan dgn lancar &......sempurna ! :)
3. manfaat ; manfaatkan ilmu sebaik baiknya.. belajar utk berkongsi dgn org lain.. belajar utk jadikan diri kita bermanfaat & belajar utk menjadikan masa ari ari kita bermanfaat ! :)
4. usaha ; hehe! nii kan memang resipi utama dlm menuntut ilmu.. usahalaa.. jangan pernah putus asa ! u can do it.. trust me, always u can do it :)



hee, meh berpantun sekejap !

setiap pagi ku minum madu,
itukan sunnah menuju syurgaMU;
belajar ketika masih berwudhu,
cahayanya mengalir bersama ilmu..

memang benar aku suka kamu,
kerana dirimu menjaga amalan;
jadikan Quran bacaan pendahuluanmu,
kuat daya ingatan mudah hafalan..

the points ;
pantun pertama = sebelum belajar, amiklaa wudhu, inshaa ALLAH senang menuntut ilmu..
pantun kedua = baca Quran dulu sebelum baca bahan ilmiah yang lain..sebab tu, bgn subuh awal, lps tuu ngaji.. lps ngaji, belajarlaa  ^^ ag un, tuu amalan para penghafal al Quran..


*kita yang belajar kerana ALLAH nii, inshaa ALLAH, dimuliakan oleh malaikat aww ! Rasulullah brsabda, "sesungguhnya malaikat malaikat sentiasa menurunkan sayapnya sebagai memuliakan & menghormati penuntut ilmu agama, krn mereka suka & bersetuju dgn apa yang penuntut itu lakukan" (riwayat Tirmizi & Abu Daud)*

*ALLAH jugak berfirrman dlm surah Al Mujadalah, ayat 11.. "ALLAH akan meninggikan org yg beriman antara kamu & org yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat"*


&& lastly, ketahuilaa.. menuntut ilmu tuu wajib... so jgn malas malas aww ! jgn suka tidur petang.. jangan ! saya cakap jangan.. k ? :)
wassalam..
lovey, ALLAH's

Thursday, December 6, 2012

Mr.Jodoh :)

Bismillah..


"will you marry me?"
"will you be my only one?"
"sudikah awak menjadi isteri saya yang sah?"
"sudikah awak menjadi ibu kepada anak anak saya?"
"will you be my happiness, my laughing gas and the only one that will always support me through thick and thin?"

subhanallah~ orh! dats dialogue really means a lotsa to woman.. really.. dats d valuable love from man to her only one special woman that really give a huge impact in their life..

but for me, i dun wat that.. i dun want that kind of experience.. i just want the way which is,
"assalamualaikum uncle, auntie.. saya (hamba ALLAH) berniat untuk menjadi yang halal utk anak dara uncle and auntie.. saya (hamba ALLAH) berhasrat utk menjadikan dia bidadari saya di dunia dan berniat untuk memimpin dia ke syurga ILAHI"

hmm, that's the way i want and ngee* truly want!
inshaa ALLAH, one day, one really surprising day <3 inshaa ALLAH..


orhkay, too much introduction.. haha! jodoh, soal jodoh.. hmm, antara yang misteri dan tersembunyi.. antara rahsia indah daripada ALLAH.. jodoh, itu berbeza dengan cinta.. yea, betul.. hehe.. bila dia jodoh kita, inshaa ALLAH kita akan merasa tenang mendengar namanya dan jugak kita rasa selesa jek.. tapi cinta, its more for rasa hmm, camna ek? haha! :P camni laa, usually orang yang ditakdirkan jodoh kita oleh ALLAH, orang yang akan wat kita rasa mencintai dan dicintai.. tapi berbeza dengan soal cinta.. kadang kadang, repeat, sometimes, orang yang kita suka, sayang, err *geli nak sebut cinta* , bukan jodoh terbaik utk kita.. ada kalanya, ALLAH menemukan kita dgn rasa yang istimewa tuu utk org yang salah terlebih dahulu utk kita lebih mengenali PENCIPTA cinta tuu dlu..

nak tambah pasal cinta, hmm.. actually korang tak kan pernah rasa cinta selagi korang belum bernikah.. nii kata kata umi sendiri.. cinta nii, dia unik.. ALLAH akan lahirkan cinta nii, bila saat "aku terima nikahnya" dilafazkan.. cam couple and semua tuu, its not love.. tuu semua sayang, cuma beza, sayang lebih, sayang sikit, sayang biasa.. haaa.. itu kata orang yang dah melalui sesi akad nikah.. ^^

btw, antara isi dlm misteri jodoh, siaran semanis kurma baru baru nii, ialah ;

1. pilihlaa pasangan yang baik utk nutfahmu.. hmm, senangnya camnilaa.. abah cakap, nak dapat anak yang baik, yang soleh dan solehah, kita kena pilih pasangan kita dulu.. sebab tuu dlm islam, antara ciri cirinyaa ialah, keturunan.. :)

2. jodoh memang misteri, yang misteri nii biasanya indah dan yang indah tuu laa yang berkekalan.. :)

3. masa tuu, dorang ada jugak kaitkan dgn kerjaya.. and jawapannya ialah, "soal bekerjaya ke tidak, itu bukan soalnya sebab semua ditentukan oleh ALLAH.. bila daa jodoh, percepatkanlaa" hmm, abah un ada cakap, kerjaya tuu memang penting, tapi lagi penting kalau jodoh kita tuu tawu mencari kerja.. bukan sekadar bekerja.. hehe,, abah memang suka bagi ayat camtu.. biar otak berkembang ^^

4. "ALLAH memberi kita sekeping haty sebab lagi satu haty untuk kita cari, yang kita cintai"

~kenapa jodoh misteri?~`
* sebab ALLAH maha berkuasa.
* sebab ALLAH nak ajar kita bahawa ketentuan 
ALLAH itu pasti.
* sebab ALLAH nak kita yakin, jodoh itu ada.. 
sebab tuu perlu usaha dan bertawakal..
* sebab ALLAH nak ajar kita bersyukur,
 dgn jodoh yang ALLAH bagi.
* sebab ALLAH nak bagitahu kita bahawa jodoh kita tuu adalaa yang terbaik utk kita.

orh,, last kupasan from semanis kurma ; "jgn carik yang paling sempurna.. nanti kita melebihi ALLAH yang bersifat sempurna.." && special thing about jodoh is, kita pusing ikut mana pun, bila ALLAH kata itu dia, dia jugak..

abah ada cakap, "handsome seseorang lelaki bukan terletak pada paras rupanya.. tapi pada tegasnya dia dgn fakta dia.. bukan pada tegasnya dia dgn yang salaa, kerana itu ego namanya.. bukan jugak pada tegasnya dia dalam panas barannya, kerana itu syaitan temannya.."

hmm, kalau cakap bab jodoh nii, memang byk.. sebab salah satu hikmah manusia diciptakan adalaa utk saling sayang menyayangi kerana ALLAH.. nabi nabi kita pun, penyayang orangnya.. :)



"bismillah.. ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.. yang mendengar setiap hasrat, hajat dan doa hamba hambaMU.. izinkan kami terus berpegang pada tali keimanan.. bantulaa kami utk sentiasa redha dgn nikmat yang ENGKAU berikan.. sesungguhnya, jika KAU ciptakan dirinya(nama si dia) utkku, dekatkanlaa haty kami dan bantu kami utk terus berusaha meningkatkan kecintaan kami terhadapMU.. namun jika dia(nama si dia) bukan tercipta utk memimpinku ke jalan yang KAU redhai, tenangkan haty ini dan bantu kami utk mendapatkan yang lebih baik dari sisiMU..
 kami bermohon, agar KAU menemukan kami dgn jodoh yang ENGKAU pilih.. amin"

jazakallah sebab sama sama menambah ilmu mengenai topik ini..
jazakallah sebab sama sama belajar soal haty yang senstitif ini..
jazakallah sebab sama sama mengaminkan doa doa dan harapan ini..

may ALLAH bless you always and remember, ALLAH loves you so put your trust on HIM, only!

lovey , ALLAH's <3