Bismillah..
Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian! Hi J
Alhamdulillah.. sekian
lama menyepi kerana kesibukan, insya ALLAH hari ini, akan ada perkongsian
istimewa mengenai ‘Cinta Muda IPT’
^^
Actually, topik ni dikongsi bersama imam muda Asyraf &
ustaz Don Daniyal.. insya ALLAH.. Kita kongsi ye! J
1 1. Apa itu cinta?
: cinta itu f i t r a h =)
2 2. Apa itu fitrah?
:fitrah itu tak belajar, tapi t a h u.. contoh fitrah yang
terdekat dgn kita.. macam masa kita kecik kecik dulu, bila kita menangis je,
sebab kita ‘melabur’ or nak susu.. haa, umi abah pulak, macam dah paham paham
yg bila kita menangis tu, antara 2 sebab tuu =)
3 3. Hukum bercinta?
: islam tak pernah menghalang rasa cinta.. sebab itu
fitrah.. apa yg islam halang dan sekali gus haramkan, adalaa cara bercinta tuu!
4 4. Nak bercinta waktu bila?
: sebelum tahu nak
bercinta tuu, kenal diri and tanya diri dulu, nak cinta sebelum atau selepas
nikah..? haa, siap ada pilihan tuu.. hehe :P
5 5. Antara dua pilihan.. macam mana yea..?
: bercinta selepas nikah.. haa, ini ikut seperti yg
disyorkan para Nabi.. kita minat, kita risik.. bila dia terima, Alhamdulillah,
kita terus tetap tarikh dan kahwin =)
: bercinta sebelum nikah.. hmm, boleh.. tapi, dipandukan dgn
agama Islam.. maksudnya, tak de dating berdua, tak de tengok wayang berdua, tak
de 24 jam mesej dan tak de sampai lupa ALLAH ! yang nii, kena betul betul
kuat.. lelaki dan perempuan kena kuat dan usaha.. bukan usaha sebelah pihak
sahaja..
6 6. Macam mana nak tahu dalam hati seseorang tu ada
siapa kalau dia pendam je?
: ada terkadang, yang pemalu.. yang suka dalam diam.. yang
minat dalam sorok.. yang sayang dalam doa.. mereka tak meluahkan.. especially
girls.. tapi, kita boleh faham dan agak dari bicaranya.. andai dia pernah
menyebut nama seseorang itu, ertinya dia suka dan berkenan.. situasi nii
berlaku dalam kehidupan Baginda Rasulullah saw..
7. Orhkay.. bertunang pulak.. perlu dihebohkan?
: tidak.. pertunangan tidak perlu dihebohkan.. tapi, bila
ada yang tiba tiba berkenan dgn kita yang dah bertunang nii, cakap terus terang
dan jujur kat dia.. supaya dia tak tersalah menyayangi tunangan orang.. haram
hukumnya ‘melintas’ tunangan orang !
8 8. Macam mana cara bertunang?
: pergi tengok ! supaya kitaa mula rasa suka dan insya
ALLAH, perkahwinan lebih indah..
9 9.Waktu bila yang betul betul sesuai utk merasai
cinta nii? *hukhuk*
: kalau budak sekolah
yang bertanya, suruh dorang belajar dulu.. tapi, kalau budak IPT,
Alhamdulillah.. waktu sekaranglaa.. umur 20an da boleh da nak rasa macam tuu..
*errr*
1 10. Siapakah lelaki ?
: lelaki.. lelaki adalaa hamba ALLAH yang dari dalam, banyak
simpan.. tapi, dari luaran, banyak menipu.. haha! Sebab tuu, jangan senang
senang percaya lelaki.. sebab lelaki sebenarnya mempamerkan kasih sayang dgn
tingkah laku dan melahirkan kerinduan dgn usaha utk bertemu =)
1 11. Pembohongan paling besar bagi lelaki ialah bila
mana...
: dia menyebut perkataan ‘i love you’.. tapi kalau tiba tiba
dia cakap tuu, insya ALLAH, betullaa tuu.. macam baru nikah tuu kan? Haha =P
1 12. Pembohongan paling besar bagi perempuan ialah
bila mana..
: dia menyebut perkataan ‘i hate you’.. sebab maksud hate
tuu is actually ;
H-hope to be with
you..
A-admire you..
T-too care about you..
E-extremely love you..
1 13. Bila kemuncak cinta..?
: kemuncak cinta ialah N I K A H.. sebab tuu bila da nikah,
akan pegang.. bila da pegang, akan cium.. bila da cium, akan sayang.. sebab
tuu, jagalaa sentuhan ! imam muda asyraf cakap, “sentuhan sebelum nikah terlalu
berbeza dgn sentuhan selepas nikah.. terlalu berbeza ! bila kita dah nikah,
kita sentuh, rasa macam kejutan elektrik..tapi, bila belum nikah dah sentuh,
lepas nikah tu dah mula rasa bosan..”
1 14.
Mcm mana nak elakkan trlalu memikirkan tentang
cinta?..
: sibukkan diri dgn ilmu.. insya ALLAH =) macam imam
Nawawi.. beliau tak sempat nikah, sebab kecintaan kpd ilmu.. lailaha illallah..
bila sibuk dgn ilmu, kita takkan teringat nak nikah.. dan bila da habis
belajar, baru terfikir.. sebab terlalu fokus dan sibuk dgn ilmu.. ehem, jangan
ingat ilmu nii, ilmu fardhu kifayah je.. tapi, ilmu fardhu ain jugak =) apa
pun, bila seru dah sampai, insya ALLAH, jodoh tuu ada ^^
1 15.
Mcm mana nak hindarkan diri dari maksiat?..
: subhanallah.. mengucaplaa ! bila kita utamakan kecintaan
kpd ALLAH dan Rasulullah saw.. dan ibu ibu ibu bapa kita, insya ALLAH kita
berjaya menghindari..
1 16.
Tahap macam mana yang membuatkan cinta tu jadi
haram?
: bila, melampau !
haa, dah jumpa, tak reti nak jaga solat.. dah mesej, sampai lalai nak solat..
dah cakap dalam telefon berjam jam sampai tertinggal subuh.. hmm hmm isk isk
isk !
1 17.
Bila rindu, paling best, nak buat apa?
: baca Al Fatihah utk dia.. dan hehe, tulislaa surat.. surat
cinta.. nanti ada jodoh, bagilaa kat dia ^^
1 18.
Macam mana cinta yang ikut islam?
: mula mencari sebelah lagi hati nii, bila kita dah tawu
bila target nak nikah.. biar jangka waktu yang sesuai.. janganlaa lagi 5 tahun
nak nikah, da carik pasangan.. ce dalam target tahun dpn nak nikah, haa!
Bolehlaa carik J
insya ALLAH..
1 19.
Kalau nak nikah muda, tapi masih belajar, tak de
duit, macam mana?
: hadis nabi SAW.. 3 golongan wajib ALLAH tolong ialah ;
1.
Golongan yang berjihad fisabilillah..
2. Golongan yang berusaha mencari duit
utk menebus diri (hamba)..
3. Golongan yang berkahwin dgn niat utk
menjaga maruah diri..
enough said ? =)
2 20.
Rindu tuu, zina hati ke?
: *senyum dulu* hehe.. orh ! rindu tak pe.. tapi kalau
setiap masa nampak je muka dia, haa! Itu zina hati..
2 21.
Kalau nak tengok muka dia dgn cara jumpa, boleh
tak?
: hehe.. boleh.. tapi, ajak ramai ramai.. elak fitnah dan
tambah eratkan silaturrahim.. =)
2 22.
Bila saat yg betul betul kena kahwin?
: ngee.. selagi boleh bezakan rindu dan syahwat, selagi tu
tak perlu memaksa diri utk terlalu nak kahwin.. jaga niat !
2 23.
Macam mana nak tahu, betul dia orangnya..?
: bila kita ada rasa.. bila kita merasai.. hmm, maka
yakinlaa.. insya ALLAH.. kalau dia belum berubah, yakinlaa.. hidayah bila bila
masa ! insya ALLAH..
2 24.
Bab kahwin nii, macam mana nak yakinkan
parents..?
: hmm.. bagi mereka kepercayaan.. bagi mereka rasa kita
boleh ! study betul betul, tunjukkan kebolehan kita dalam apa pun bidang yang
kita ceburi dan hargailaa parents.. insya ALLAH..
2 25.
Kaya nii, perlu sgt ke?
: hmm.. actually, kaya nii tak perlu sgt pun.. yang penting,
tanggungjawab.. bila dah tanggungjawab, akan sentiasa berusaha.. insya ALLAH..
2 26.
Macam mana kalau kita nak jadi yang pertama?
: senang cakap camnilaa.. tak semestinya orang yg kita
nikahi tuu, orang yg pertama kita sayangi.. tapi, orang yg kita nikahi tuu laa,
orang yang terakhir kita sayangi..
2 27.
Lepas buat solat istikharah, kadang kadang ada
petunjuk melalui mimpi.. macam mana nak tahu yang mimpi tu benar?
: mimpi yang benar, bila.. masa kita tidur tuu, kita ada
wudhu.. bila kita tidur tuu, kita tak berhadas.. bila kita tidur tuu, tiba tiba
kita terjaga sebab mimpi tuu dekat dekat subuh, mcm pukul 4 pagi.. bila kita
mimpi, tiba tiba terus bangun.. and bila kita mimpi tu, sampai bila bila kita
ingat.. and the last one is, bila kita mimpi yang sama berulang ulang kali..
haaa, insya ALLAH.. itulaa mimpi mimpi yang benar.. masha ALLAH !
2 28.
Cara paling senang nak menunjukkan yg kita ada
perasaan kat dia, tapi malu nak tunjuk?..
: hehe! Apa yang dia suka, kita pakai.. apa yang dia bagi,
kita guna.. comey kan? =)
29.
Macam mana nak hibur hati kita especially
muslimah.. yang kadang kadang bila nak datang ALLAH bagi cuti tuu, akan lebih
beremosi perasaan kat seseorang..?
: hmm, meh hibur hati dgn doa.. insya ALLAH.. ALLAH dgr and
dia pun rasa.. insya ALLAH.. =)
30.
Petunjuk dia adalaa jodoh kita?..
: bila kita tengok muka dia, kita tak boleh cakap ‘no’..
hmm, ituaa namanya jodoh =)
Doa frust / kematian orang yg disayangi..
“innalillah innalillah innalillah.. wa innalillah hi
rojiun.. wa innalillah hi rojiun.. wa innalillah hi rojiun.. ALLAH humma junni
fi musibati wa akh lil li, khoi romminha..”
-daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali..
ALLAH, berilaa kami ganjaran atas musibah ini dan gantikanlaa dgn sesuatu yg
lebih baik..
Allahumma amin!
Sunnah >>>
isteri baring atas paha suami J
sweet <3
Madah >>> ALLAH cipta dahaga, dan ALLAH juga
ciptakan air.. ALLAH ciptakan nafsu dan ALLAH juga cipta cara kawal nafsu dgn
nikah.. subhanallah ! jadi bersyukurlah, kerana ALLAH yang menciptakan perasaan
suka kat orang lain..
Bila dah ada berkenan kat hati tu, cakap dgn
dia.. sama sama ajak berubah.. sebab kita nak dua dua masuk syurga..
ya ALLAH,
indahnya bercinta kerana ALLAH..
wassalam :)