"ya ALLAH, izinkan aku sentiasa mengingati-MU tika lelapku, tika jagaku, tika sihatku, tika sedihku, tika gembiraku, tika tangisku, tika senyumku, tika hidupku dan tika ajal menjemputku.. ya RABB, redha-MU ku damba, ampun-MU ku pinta. ampuni daku, ALLAH yang maha penyayang dan adil.."

ya ALLAH..
andai kami beribadat utk mendptkan syurgaMU, bantu kami utk perbetulkan niat kami hanya krn utk menatap indahnya wajahMU..
andai kami beribadat utk menjauhkan diri dari nerakaMU, maafkan kami krn dosa kami melebihi cinta kami terhadapMU.. amin~
assalamualaikum.. before korang baca, Naabiha nak tanya, da solat belum?.. kalau da, alhamdulillah.. kalau belum, plz solat dulu, Naabiha tak nak nanti kita sama sama kena jawap at akhirat kelak sbb Roon Ahibaan's..

jazakallah ! :)

Monday, December 31, 2012

hijrah && azam..

Bismillah..

assalamualaikum ! hye semua :) *mood kanak kanak ribena*
sihat tak arini..? alhamdulillah, kita dah pun masuk tahun baru 2013 Masihi..
syukur alhamdulillah, kita masih diberi nikmat bernafas dan hidup di muka bumi ini..
syukur..
hope permulaan dan sambutan tahun baru korang dihiasi dengan kalamullah dan takbir :)
insha ALLAH, tahun nii lebih baik daripada tahun lepas..

saya bukan nak bercerita apa azam saya tahun nii, tapi saya nak berkongsi kasih sayang saya dengan korang, atas permintaan sys Tia tersayang <3

hijrah dan azam~
orh ! before that, saya nak gtaw yang entri kali nii seyesly panjangggg ! haha :P


tahun 1999, saya merupakan salah seorang pelajar di sekolah agama ILMI.. setiap pagi kami akan 'menyanyi' asmaul husna.. kami dididik dengan acuan Al quran.. meskipun kawan kawan yang lain masih bersekolah tadika, saya dah lompat katak dulu dah, untuk masuk darjah 1.. alhamdulillah, setahun di sana, mendidik dan mengajar saya mengenal dan mencintai ALLAH.. kanak kanak umur 6 tahun, senangkan nak belajar.. terima je apa yang diajar.. :)

saya ada pengalaman darjah 1 selama 2 tahun.. hehe! memang comey dan saya suka pengalaman tuu.. masuk sekolah rendah, saya memang dah bertudung, tapi budak budakkan, saya mula bertudung 'full-time' masuk tingkatan 1.. kalau ikutkan 'panggilan' anak dara, saya boleh je start pakai tudung full time form 2.. tapi hehe, bila masuk sekolah menengah tuu, dah mula rasa malu.. malu nak tunjuk aurat.. didikan abah umi jugak :)

saya berjinak jinak dengan bidang modelling since standard 4.. dengan karangkraf, majalah bintang kecil.. masuk modelling semua, parti g2g, cover girl && join aktiviti karangkraf.. kecik lagi time tuu.. sampailaa ke saat saya mula bertudung, form 1.. saya masih menerima tawaran modelling dan saya ke sana dengan bertudung.. alhamdulillah.. warga bintang kecik boleh je terima saya.. tapi, hmmm.. ini adalaa kata kata 'manis' yang pertama saya terima dlm hidup saya dlm bidang modelling bila saya berhijrah, dari seorang kawan yang turut sama dalam bidang modelling.. "awak da jadi ustazah ke? hehe. macam mana nak bergaya lepas nii?"

ignore ! thats the value of silent.. =)


2008 ; kerinduan terhadap ALLAH mengisi rohani.. alhamdulillah.. saya menunaikan umrah pertama kali dalam hidup saya.. makkah al mukarramah adalaa tempat luar negara yang pertama kali saya jejak dalam seumur hidup saya.. indahnya terasa kerana itu yang pertama dan yang pertama itu ke sana =) syukur ya ILAHI.. 

*tengok gambar gambar jap*


^_^

balik dari menunaikan umrah, esoknya, memang betul betul esoknya, saya keluar rumah dengan betulbetul menutup aurat.. sebelum ni, jujurnya, saya bertudung menutup perhiasan sahaja.. saya tidak menutup aurat dengan sebenarnya.. saya tidak berstoking dan menutup lengan.. namun, segalanya berubah.. esoknya, saya keluar dengan umi dan wan, saya memakai pakaian yang saya pakai di makkah dan madinah.. jiwa saya dah serasi dengan pakaian tertutup macam tuu.. saya rasa diri saya bernilai dan terlalu indah.. saya rasa diri saya disayangi dan dihormati.. uwan terkejut dan wan cakap, "along betul betul da sedia ke dengan pakaian mcm nii? along bukan dari sekolah agama.." 
haty saya tersentuh.. 
kenapa budak sekolah agama je boleh menutup aurat?
kenapa budak sekolah agama je boleh menghormati diri?
kenapa budak sekolah agama je boleh jadi lebih baik..?
dan saya senyum je dekat wan dan saya cakap,
 "boleh, insha ALLAH.."

kawan kawan..? masha ALLAH.. ada yang menjauhkan diri.. ada yang tak menghiraukan saya.. dan saya merasai nikmat sebatang kara di sekolah buat pertama kali dalam hidup saya hanya kerana penghijrahan saya.. tapi alhamdulillah, segalanya berubah dengan baik bila kami semakin remaja.. saya berniat untuk meninggalkan segala 'ketidakselesaan' di sekolah sejurus selepas saya menamatkan sekolah menengah.. && alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya.. saya mula cintakan buku buku keagamaan lebih daripada buku hiburan.. dan saya belajar dengan lebih mengembirakan.. syukur ! saya pulak ada tempat pertanyaan terdekat.. abah tersayang <3

saya didik jiwa saya utk selalu berpuasa sunat, banyakkan senyum dan paling best, tak selalu marah kat orang.. saya biar je apa org ckp, sebab saya nak biar ALLAH yang nilai saya, sebab saya nak ikut perintah ALLAH.. An ALLAH da ckp, "sesungguhnya AKU membalas mereka pada hari ini dgn sebaik baik balasan disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulaa org org yang berjaya.." - al mukminun, 111..

bila kita niat nak berubah, jgn fikir hal orang.. fikir diri kita.. bukan pentingkan diri sendiri, tapi ini utk kebaikan diri kita jugakkan.. ingatlaa, "dan berdoalaa wahai Muhammad dgn berkata; 'wahai ALLAHku, berikanlaa ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya ENGKAU laa shj sebaik baik Pemberi rahmat !" - al mukminun, 118


saya mulakan hijrah yang lebih baik dengan menjadikan diri sebagai salah sorang wanita solehah di muka bumi ini kerana ingin lebih mendekati dan mencintai ALLAH.. langkah itu memang agak sukar, tapi alhamdulillah.. niat kita, sama sama kita jaga dan perbaharui kerana ALLAH.. 
saya memang nak jadi solehah !
saya memang nak jadi yang solehah !
saya rasa semua perempuan pun ada terdetik haty nak berubah jadi solehah kan?
sebab ALLAH da memang ciptakan jiwa kita jiwa yang merindui solehah..
^_^

"dan tetapkanlaa utk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali bertaubat kepadaMU.."
 -al A'raaf, 156

saya seorang yang bercitacita tinggi.. dari dulu lagi.. 
bila nak berhijrah, ada jugak orang ckp, susah nak dapat kerja nanti, sebab pakai tudung camni.. 
sebab ada tempat kerja tak nak orang bertudung.. itu memang betul..
sebab tuu, saya jenis memilih sikit..
saya tak suka kerja yang pakai uniform..
haha!
melainkan kalau uniform tuu labuh :)

"ALLAH menentukan pemberian rahmatNYA itu kpd sesiapa yang dikehendakiNYA; dan ingatlaa ALLAH mempunyai limpah kurnia yang besar" - ali' imran, 74

tapi, apa nak dikisahkan..?
 insha ALLAH, satu hari nii, negara malaysia nii akan jadi negara yang lebih menghargai wanita bertudung labuh.. mesti best macam tuu.. jadikan semua perempuan islam wajib bertudung.. ngee*

dan ingat lagi satu, "sesungguhnya orang orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dgn menolak janji ALLAH dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan ALLAH tidak akan berkata kata dgn mereka dan tidak akan memandang kpd mereka pada hari kiamat, dan tidak membersihkan mereka dari dosa, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.." - ali' imran, 77

so, mana nak pilih..? mestilaa kita nak ke akhiratkan? 
sebab kulit kita tak cukup kebal utk kena api.. astaghfirullah..

"katakanlaa.. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalaa utk ALLAH.. yang mentadbir dan memelihara sekalian alam.." - al An'aam, 162


saya menjauhkan diri daripada segala isu perasaan terhadap yang haram.. 
saya mendekatkan diri dengan isu perasaan terhadap yang halal..
saya tinggalkan istilah couple..
saya meninggalkan seorang lelaki yang pernah rapat dengan saya selama 1 tahun lebih dan alhamdulillah, sekarang kami hanya berkawan je..
saya menjadi kasar dengan lelaki.. apa saya kisah, bila lelaki cakap saya ganas?
berkawan boleh je, tapi nak poyo poyo, tak perlulaa.. saya tak suka !

tapi bila dengan kawan kawan perempuan, dorang memang tahu saya mcm mana.. kihkihkih :P

"single does not always mean available"
sebab..? sebab saya yakin, dgn sepenuhnya, bahawa ada yang istimewa utk saya..
kan ALLAH da tetapkan..?
=)
kan ALLAH dah kata, perempuan yang baik utk lelaki yang baik..?
camtu jugak sebaliknya.. 
baik tuu, boleh jadi selepas akad dia jadi lebih baik..
kan? 
percayalaa dgn ayat ayat cinta ALLAH.. sungguh, tiada yang dusta !

perempuan dengan kecantikan..?
orh, itu memang dah sifat perempuan.. 
hehe, tapi percayalaa, bila awak nk berubah ke arah kebaikan dan kerana ALLAH..
segala hal dunia jadi biasa di pandangan awak..
saya tinggalkan segala maskara, eye shadows and all !
dan saya menjemput yang asli dalam diri saya..
lazimi wudhu dalam hiasan nur di wajah kita.. insha ALLAH.. itu kan sunnah :)
sekarang saya hanya pakai bedak talkum, celak arab dan lip balm je..sebab saya selalu rasa kecantikan(tak delaa cantik sgt) saya hak milik ALLAH, dan ALLAH anugerahkan utk saya hargai sebaiknya, dan diserikan depan suami sahaja.. =)


percaya atau tidak,
 dengan segala penghijrahan, ALLAH akan hadiahkan kita macam macam..
ALLAH akan berikan kita keluarga yang menyokong.. abah sendiri selalu panggil saya 'ustazah rock'.. ustazah tuu title yang indah, sebab bantu saya terus perbaiki kelemahan..
ALLAH akan berikan kita sahabat sahabat yang membantu.. membantu dengan saling bertegur dan menasihati..
ALLAH akan berikan kita kejayaan yang kita impikan.. memang saya tak dapat sepenuhnya lagi, tapi tanpa ALLAH permudahkan segalanya, macam mana liku hidup kita...? kita nii, bagai layang layang terputus tali kalau tanpaNYA..

"Kecuali orang orang yang bertaubat, dan memperbaiki amal buruk mereka serta menerangkan apa yang mereka sembunyikan; maka orang orang itu, AKU terima taubat mereka, dan AKUlah yang maha penerima taubat lgi maha mengasihani" - al Baqarah, 160

"... wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU mengirakan kami sala jika kami lupa atau kami tersalah.. wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU bebankan kpd kami bebanan yang berat sebagaimana yg telah ENGKAU bebankan kpd org org yang terdahulu drpd kami.. wahai ALLAH kami ! janganlaa ENGKAU pikulkan kpd kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya.. dan maafkanlaa kesalahan kami, serta ampunkanlaa dosa kami dan berilaa rahmat kpd kami.. ENGKAU laa penolong kami, oleh iu tolonglaa kami utk mcapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir.." - al baqarah, 286

so lastly, always remember..

remember HIM, and HE will remember you.. =)

"... wahai ALLAH ku, ampunkanlaa bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlaa kami ke dalam rahmatMU, krn ENGKAU laa shj yang maha mengasihani dari segala yang lain yang mengasihani.." - al a'raaf, 151



p/s ; nak didik iman tuu susah.. tapi ingatlaa, ALLAH tak pernah susah nak sayang dan ampunkan kita.. wallahualam,.

hee, ni first time naabiha taip punyaalaaa panjang ! hope korang sudi baca dan selesa.. dan sorry if anything.. wassalam..

lovey, ALLAH's

5 comments:

Anonymous said...

sayu bace biha punye blog nie :')
btw berguna untuk saya

missNN said...

alhamdulillah :)

Shazwani Ramly said...

ilove this entry :) mengingatkan jugak. thank you so much nabiha.

~ Roon Ahibaan said...

alhamdulillah.. syukran shazwani :)

mawaddah said...

fathiii..ingt x nie spe?