"ya ALLAH, izinkan aku sentiasa mengingati-MU tika lelapku, tika jagaku, tika sihatku, tika sedihku, tika gembiraku, tika tangisku, tika senyumku, tika hidupku dan tika ajal menjemputku.. ya RABB, redha-MU ku damba, ampun-MU ku pinta. ampuni daku, ALLAH yang maha penyayang dan adil.."

ya ALLAH..
andai kami beribadat utk mendptkan syurgaMU, bantu kami utk perbetulkan niat kami hanya krn utk menatap indahnya wajahMU..
andai kami beribadat utk menjauhkan diri dari nerakaMU, maafkan kami krn dosa kami melebihi cinta kami terhadapMU.. amin~
assalamualaikum.. before korang baca, Naabiha nak tanya, da solat belum?.. kalau da, alhamdulillah.. kalau belum, plz solat dulu, Naabiha tak nak nanti kita sama sama kena jawap at akhirat kelak sbb Roon Ahibaan's..

jazakallah ! :)

Friday, December 28, 2012

Qabliyyah && Ba'diyah..

Bismillah..
assalamualaikum..
how are you today..? 
alhamdulillah, kita dah semakin menghampiri akhir tahun bulan 12 utk tahun 2012..
so camne?
dah tengok wishlist korang tahun 2012..? tercapai tak?
:)
hehe, entri kali ni tak de kaitan pun pasal azam 2012 or 2013.. 
sebab insha ALLAH naabiha akan borak pasal azam utk entri akan datang, insha ALLAH.. 
jangan lupa baca aww! ^_^

orhkay, sebenarnya ada sahabat bernama Tasnim bertanya mengenai maksud Qabliyyah dan Ba'diyah..
utk berkongsi istilah tuu n ilmu mengenai itu, naabiha share at sini.. 
supaya kita dapat manfaat sama sama.. insha ALLAH :)

Qabliyyah ; bermaksud solat sunat s e b e l u m solat fardhu.
Ba'diyah ; bermaksud solat sunat s e l e p a s solat fardhu.

:)

utk lebih paham, solat solat nii dinamakan sebagai solat sunat Rawatib.. solat sunat Rawatib nii jugak korang solat sebelum dan selepas solat fardhu.. solat fardhu tuu, solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.. tawu kan? hehe

ada 4 solat sunat muakkad rawatib nii, iaitu ;
1. 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh..
 2. 2 rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan 2 rakaat selepasnya..
3. 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib..
4. 2 rakaat selepas solat fardhu Isya'..

ada jugak solat sunat ghair muakkad.. macam.. solat sunat sebelum solat asar.. dua rakaat sebelum isya' ..

orhkay, macam mana pulak nak kerjakan solat sunat nii yea? orh senang je.. macam solat solat sunat yang lain.. cuma bezanya..
* kita tak perlu baca doa qunut.
* kita solat sunat nii bersendirian dan bukan berjemaah (usually kita nampak org buat kat surau atau selalu sgt org buat kat masjid)
* hehe, solat nii tak ada n tak perlu azan n qamat..
* dan istimewanya, solat sunat nii diutamakan di rumah..

orhkay, iklan kejap !


mcm mana nak niat..?

~ utk solat sunat sebelum, kita niat qabliyyah..
~ utk solat sunat selepas, kita niat ba'diyah..

contohnya,
: usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan, lillahi ta'ala.. ALLAHUAKBAR !

dan

: usollo sunnataz Zuhri rak'ataini ba'diyatan, lillahi ta'ala.. ALLAHUAKBAR !

bacaan dlm solat tuu, tak kisah pun.. nak baca ayatul kursi boleh, nak baca surah al Kausar pun boleh, nak baca surah al Ikhlas lagi boleh.. ikutlaa nak baca apa pun.. k? :)


jujurnya, macam naabiha.. naabiha selalu amalkan utk solat sunat qabliyyah subuh, n solat sunat ba'diyah isya'.. sebab waktu lain macam agak susah dan takpe, sikit sikit, ALLAH tengok kepada amalan kita.. kepada niat dan keikhlasan kita.. asalkan niat ALLAHU, malaikat dah tolong catatkan amalan kita..

orhkay sahabat semua !
moga bermanfaat dan salam sayang hingga syurga..
insha ALLAH, wassalam :)

p/s ; memanglaa saya minat ashraf muslim.. even dia dah kawen dgn adik angkat dia pun, saya tetap minat dia.. *eyh, tersesat cerita hal lain pulak* ngee! 

lovey, ALLAH's

2 comments:

Unknown said...

err, okay fine. saya tak niat pun guna tu. niat solat sunat rawatib je, untuk mana-mana situasi solat. Tapi dengan yakinnya, pasti Allah tahu niat kenapa tunaikan solat sunat tu. :)

~ Roon Ahibaan said...

hehe, yeap.. betul tuu sahabatku :)