Bismillah.. assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhinya dipertemukan kita lagi dengan
lembaran baru.. macam yang dijanjikan, entri kali ini akan berkisah “Tentang
Ummi”.. insyaALLAH J
sebelum tu, apa khabar iman kalian hari ini? Subhanallah Alhamdulillah
allahuakbar lailahaillallahmuhammadurasulullah..
Ummi..
beliau adalaa seorang hawa, yang diciptakan ALLAH utk
bersama kita, berkongsi rasa dengan kita..
Ummi..
beliau adalaa nadi kita..
sedarkah kita akan hakikat itu?
Seorang ummi.. dalam tegasnya, ada kasih.. dalam tangisnya,
ada maaf.. dalam jiwanya, ada kita.. subhanallah..
Dalam hari hari kita, sedarkah kita, tanpa doa mereka, kita
susah..?
tanpa redha mereka, kita resah..? tanpa harapan mereka, kita gelisah..
ALLAH menciptakan ummi untuk kita.. siapa ummi kita..? kita
berkongsi ummi, sejak lahirnya kita..
iaitu, Aminah binti Wahab.. masih
ingatkah kita pada ummi kita..? ALLAHU..
Aminah binti Wahab.. sesungguhnya, tanpa dia yang diizinkan
Maha Pencipta, tiadalaa Rasul junjungan saw & tiadalaa kita, khalifah di
bumi yang makin nazak ini..
MashaALLAH.. disaat ummi kita, Aminah Wahab mengandungkan
junjungan besar saw, dirinya bermimpi ada cahaya terang yang akan keluar
melalui perutnya..subhanallah.. cahaya terang itu berasal daripada tubuh
Abdullah dan memasuki tubuhnya..
Subhanallah.. maha suci ALLAH.. di atas kelahiran Baginda
saw, Abdul Mutalib berasa terubat dan bahagia.. di atas kelahiran Baginda saw,
Aminah lebih berseri dan terubat rindu pada arwah suaminya..
dan di atas
kelahiran Baginda saw, Alhamdulillah.. islam dibangkitkan dan solat
dihadiahkan.. alQuran dan sunnah ditinggalkan.. segalanya, utk kita..
Terima kasih ya ALLAH.. terima kasih, ya Muhammad penghulu
segala nabi.. terima kasih, ya Ummi.. mashaALLAH..
InsyaALLAH, selepas membaca entri ini, sama sama kita
muhasabah diri.. mengingatkan diri ini adalah sepenuhnya hak milik mutlak
ILAHI.. diri ini adalah hamba.. hamba padaNYA..
lailahaillallah muhammadurasulullah
p/s ; kita tak tahu kasih seorang ummi, selagi kita belum
bergelar ummi.. jaga hati mereka.. kerana mereka tiada ganti.. andai mereka
sudah tiada, hilanglah seri dunia kerana tiada lagi doa dari mereka.. mohonlaa
redha mereka, kerana sesungguhnya redha ALLAH terletak kepada redha kedua ummi
dan abah kita..
insyaALLAH, moga kita sama sama menjadi anak yang soleh dan
solehah.. dan bukannya, pakwe dan makwe yang solehah..
akhir kata, cintailaa
yang seharusnya dicintai,
kerana itu nikmat bahagia dunia dan akhiratmu..
wallahualam.. wassalam
No comments:
Post a Comment