"ya ALLAH, izinkan aku sentiasa mengingati-MU tika lelapku, tika jagaku, tika sihatku, tika sedihku, tika gembiraku, tika tangisku, tika senyumku, tika hidupku dan tika ajal menjemputku.. ya RABB, redha-MU ku damba, ampun-MU ku pinta. ampuni daku, ALLAH yang maha penyayang dan adil.."

ya ALLAH..
andai kami beribadat utk mendptkan syurgaMU, bantu kami utk perbetulkan niat kami hanya krn utk menatap indahnya wajahMU..
andai kami beribadat utk menjauhkan diri dari nerakaMU, maafkan kami krn dosa kami melebihi cinta kami terhadapMU.. amin~
assalamualaikum.. before korang baca, Naabiha nak tanya, da solat belum?.. kalau da, alhamdulillah.. kalau belum, plz solat dulu, Naabiha tak nak nanti kita sama sama kena jawap at akhirat kelak sbb Roon Ahibaan's..

jazakallah ! :)

Monday, November 14, 2011

lafaz ad dhuha & asy syarh

Bismillah..

assalamualaikum..
apa khabar semua?
bagi sahabat sahabat, masih lagi dalam mood cuti sem or da tak sabar nak kembali berjihad menelaah? hehe..
&&
bagi adik adikku, sukma azureen && illya natasha yg start paper spm hari ni,
 buat yang terbaik :D
adikadik yang lain, selamat bercuti yang lebih awal.. haha.. nakal betul*

baiklaa.. alhamdulillah, hari ni,, duduk rumah je lepas zohor..
pagi tadi teman wan g hospital, dan alhamdulillah,
 kalau wan tak nakal, insya ALLAH akan lebih sihat.. amin* ^_^

bagaimana khabar hatymu hari ni?
sihat ke lemah?
orh, jangan tanya diriku.. haha..
missCincau di landa kerinduan..
tak tipu aww!
aww :D


rindu..
memang rindu.
rindu utamanya, pada-NYA..
suatu hari, masa mood memang tgh syok dengan exam final sem 1, naabiha rasa lemah and down sangat..
alhamdulillah, ALLAH tak bagi naabiha lemah terlalu lama, 
tapi DIA bagi biha ubat terapi yang maha hebat..
syukur..
usai menangis, naabiha menunaikan solat sunat dan mengaji utk pujuk haty ni..
alhamdulillah, i felt better for the next paper on that day..
^_~

baru naabiha sedar, sebenarnya, haty naabiha rindukan DIA..
rindukan yang maha Agung lagi maha Pencipta..
naabiha rindukan DIA, sebab DIA pun rindu naabiha..
ALLAH rindu naabiha meluahkan rasa cinta pada-NYA, 
ALLAH rindu naabiha menangis merintih mengharap pada-NYA..
subhanallah..

terapi surah ad dhuha n asy syarh, begitu memujuk..
syukur..


ad dhuha ;

surah yang ke 93, diturunkan di Makkah, dengan 11 ayat..

maksudnya ;

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..
1. demi waktu dhuha ( ketika matahari naik sepenggalah )..
2. dan demi malam yang telah sunyi..
3. ALLAHmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu..
4. dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan..
5. dan sungguh, kelak ALLAHmu pasti memberikan kurnia-NYA kepadamu, sehingga engkau menjadi puas..
6. bukankah DIA mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu DIA melindungimu..
7. dan DIA mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu DIA memberikan petunjuk..
8. dan DIA mendapatimu, sebagai seorang yang kekurangan, lalu DIA memberikan kecukupan..
9. maka terhadap anak yatim  jgnlaa engkau berlaku sewenang wenangnya..
10. dan terhadap org yang meminta minta, jgnlaa engkau mengherdiknya..
11. dan terhadap nikmat ALLAHmu, hendaklaa engkau nyatakan dgn bersyukur..

more ?.. meh sini meh.. ;)



utk surah asy syarh un, kira menguat semangat kita jugak.. 
utamanya, bagi yang belajar mcm kita, mencari rezeki, and so on.. :)

surah asy syarh, surah yang ke 94, juga diturunkan di Makkah dan ada 8 ayat je.. 

dgn nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..
1. bukankah KAMI telah melapangkan dadamu (Muhammad) ..?
2. dan KAMI pun telah menurunkan bebanmu darimu ..
3. yang memberatkan punggungmu..
4. dan KAMI tinggikan sebutan namamu bagimu..
5. maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..
7. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplaa bekerja keras (utk urusan yang lain)..
8. dan hanya kepada ALLAHmulaa engkau berharap..

^_^

nampak tak kat situ, ayat 5 dan 6..?
ALLAH pujuk kita, memang dalam setiap urusan, ada kesulitan..
namun, bersama kesulitan, DIA selitkan kemudahan..

bagi pelajar cam naabiha, 
kita semua belajar..
menuntut ilmu sebanyak banyaknya..
belajar benda baru, belajar benda lama tapi lebih details, and macam macam lagi yang kita belajar yang kadang kadang tak terfikir un dek akal yang benda tuu mcm tuu rupanya, mcm nii rupanya,, orhh!

:)

so, kena sentiasa muhasabah diri.. yakin dgn-NYA.. bukan setakat percaya.. insya ALLAH, dipermudahkan segala urusan..
yang penting, jgn pernah berputus asa..
terus berjihad dan berjihad..
kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kita, cuma kita perlu jaga amal kita agar tak lalai dan mudah kecewa <pesanan tuk diri sendiri gax>


buat teman tersayang, kuatkan diri.. ALLAH rindu dirimu, piqaa.. ^_^
salam ukhuwah, wassalam <3
naabiha noor~

No comments: